Tular Tiktok: Tiga lelaki ditahan berkaitan kes rusuh, pecah kereta

Tular Tiktok: Tiga lelaki ditahan berkaitan kes rusuh, pecah kereta

PAPARAN video menunjukkan beberapa lelaki memecahkan cermin kereta dan merusuh di Sri Petaling pada 27 Jun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga lelaki warga tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes penularan rakaman video menerusi aplikasi Tiktok dipercayai berkaitan perbuatan khianat terhadap beberapa kereta di tepi Jalan Radin Bagus, Sri Petaling dekat sini, pada 27 Jun lalu. 

Video tersebut menunjukkan sekumpulan lelaki sedang merusuh dan melakukan khianat pecah cermin kereta terhadap beberapa kereta yang diletakkan  di tepi di lokasi kejadian. 

Kesemua suspek yang berusia di antara 20 dan 41 tahun itu ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Azmihizam Abdul Shukir berkata, usaha untuk mengesan suspek yang masih bebas masih diteruskan.

“Polis menggesa individu yang terlibat dalam rakaman video tersebut untuk tampil membantu siasatan. 

“Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 5 tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua- duanya dan bagi Seksyen 427 Kanun Keseksaan pula membawa hukuman penjara 2 tahun, atau denda atau dengan kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, tangkapan dibawa ke hadapan Majistret Kuala Lumpur untuk proses permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Ujarnya, sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian di atas boleh menghubungi talian Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.