Tujuh cabang PKR Sabah buat laporan polis terhadap Najib - Utusan Malaysia

Tujuh cabang PKR Sabah buat laporan polis terhadap Najib

CHRISTINA Liew (tengah) bersama wakil tujuh cabang PKR Sabah semasa membuat laporan di Balai Polis Karamunsing di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tujuh cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah tampil membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu tuntutan waris Kesultanan Sulu.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew berkata, pihaknya mendesak agar bekas Perdana Menteri itu disiasat mengikut Kanun Jenayah sedia ada (Akta 574) atas kecuaian yang dilakukan dalam menangani isu tuntutan berkenaan.

“Kita minta Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan segera susulan tindakan mereka (waris Kesultanan Sulu) yang mengambil alih aset negara. Kita tidak mahu lebih banyak aset negara dirampas.

“Saya juga berharap agar laporan ini membolehkan kertas siasatan dibuka untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh teliti dan tanpa kecuaian yang boleh merugikan rakyat dan negara,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing semalam.

Ahli Parlimen Tawau itu berkata, kecuaian Najib semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara berhadapan tuntutan sebanyak RM67.5 bilion yang dilakukan waris Kesultanan Sulu.

“Isu tuntutan itu timbul susulan keputusan menghentikan bayaran pampasan ketika pentadbiran Najib pada 2013 semasa beliau masih memegang jawatan Perdana Menteri.

“Tindakan undang-undang yang dikemukakan oleh waris Sultan Sulu adalah pada 2017, sebelum Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

Sekiranya beliau (Najib) tidak boleh menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, beliau perlu memastikan semua langkah telah diambil dalam menangani tindakan undang-undang setelah bayaran pampasan itu dihentikan,” katanya.

Pada Februari lalu, penimbang tara di mahkamah Madrid, Gonzalo Stampa mengarahkan Malaysia membayar pampasan kepada waris Sultan Sulu berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).

Arahan pembayaran itu dikeluarkan kerana Malaysia didakwa gagal membayar wang pemisahan sejak 2013, iaitu selepas insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya