TNB nafi punca kelewatan serah kunci

TNB nafi punca kelewatan serah kunci

Utusan Malaysia keluaran 13 Julai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafi dakwaan bahawa kelewatan penyerahan kunci kepada pembeli Pangsapuri Taman Seri Molek Perdana, Plentong, di sini berpunca daripada pihaknya.

TNB dalam satu kenyataan sebaliknya memberitahu, isu kelewatan projek perumahan tersebut adalah berpunca daripada masalah dalaman Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Justeru, satu pertemuan dengan SPNB telah diadakan bagi mendapatkan penjelasan tentang kelewatan berkenaan.

“Dalam pertemuan tersebut, pihak SPNB telah memohon maaf atas kesilapan perkongsian maklumat kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor.

“Mereka memaklumkan punca kelewatan serahan kunci sebenarnya akibat masalah dalaman antara SPNB dengan pihak kontraktor utama projek,” jelas kenyataan itu.

TNB mencadangkan supaya SPNB berbincang semula dengan kontraktor berkenaan agar dokumen yang perlu berserta deposit dapat dimajukan kepada TNB bagi pemasangan meter elektrik dapat dilakukan dengan segera.

Pada 13 Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan seramai 972 pembeli  Pangsapuri Taman Seri Molek Perdana tidak lagi dapat menahan sabar ekoran terpaksa menunggu selama 13 tahun namun rumah yang dibeli masih belum dapat diduduki.

Mohd. Jafni yang melakukan tinjauan ke kediaman berkenaan memaklumkan, SPNB memberitahu fasa dua projek pangsapuri itu sepatutnya diserahkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada 31 Disember tahun lalu, namun mengalami kelewatan serahan kunci akibat urusan dengan TNB. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya