Tidak sempat ke kongres, perwakilan PKR dari Merbok meninggal dunia - Utusan Malaysia

Tidak sempat ke kongres, perwakilan PKR dari Merbok meninggal dunia

SAIFUDDIN Nasution Ismail berucap pada Kongres Nasional 2022 di IDCC Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan meninggal dunia selepas tiba di hotel untuk menghadiri Kongres Nasional PKR Ke-16.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghebahkan berita duka itu dalam ucapannya.

“Saya minta para hadirin untuk sedekahkan bacaan al-Fatihah kepada seorang perwakilan kita yang dilaporkan meninggal dunia seusai sampai di hotel.

“Allahyarham adalah perwakilan daripada Merbok, Kedah,” katanya.

Kongres Nasional PKR telah berlangsung sejak semalam yang dimulakan dengan sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), seterusnya disambung pada hari ini untuk mengundian di peringkatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Dalam pada itu, Saifuddin turut berkata, kongres Nasional PKR kali ini adalah penting bagi mensasarkan kemenangan pada Pilihanraya Raya Umum Ke-15 (PRU15), sekali gus menyifatkan adalah suatu malapetaka jika membiarkan kerajaan hari ini terus berkuasa lagi.

“Kita masuk PRU kali ini untuk menang dan bukan untuk menjadi pembangkang, membiarkan kerajaan yang ada sekarang terus berkuasa. apa lagi sepenggal dan kita menunggu PRU ke enam belas untuk kemudiannya mengambil alih, membiarkan kerajaan sekarang berkuasa lagi adalah satu malapetaka.

Turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya