Tempat duduk penonton di Stadium Sultan Sultan Mizan Zainal Abidin 'banjir'

Tempat duduk penonton di Stadium Sultan Sultan Mizan Zainal Abidin ‘banjir’

TANGKAP layar sebuah video tular keadaan di kawasan tempat duduk penonton yang digenangi air selepas hujan lebat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jika keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil dikritik selepas cuaca buruk ketika aksi skuad Harimau Malaya, lain pula ceritanya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini semalam.

Sebaliknya hujan lebat yang melanda sebelum pertemuan Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan semalam menyebabkan tempat duduk penonton ‘banjir’.

Beberapa video dan gambar turut tular di media sosial menunjukkan kawasan tempat duduk penonton digenangi air melebihi paras lutut akibat daripada cuaca buruk itu.

Seorang penyokong TFC yang hanya mahu dikenali sebagai Amirul, 34, berkata, hujan lebat yang turun menyebabkan dia dan ramai penonton lain berteduh di bahagian dalam stadium.

“Apa yang diperhatikan keadaan padang kekal sempurna dan tidak banyak terjejas dengan takungan air yang boleh menunda perlawanan. 

“Namun kawasan di kaki lima tempat duduk penonton pula ‘banjir’ dan beberapa penyokong yang sudah kebasahan tetap mengambil tempat seperti biasa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan Majlis Sukan Negeri (MSNT) dalam satu hantaran di Facebook menjelaskan akan membuat tindakan susulan bagi menangangi permasalahan berkenaan.

Dalam perlawanan yang bermula jam 9 malam itu, pengadil, Mohamad Zamzaidi Katimin, terpaksa menghentikan permainan pada minit ke-13 sebelum diteruskan sejam kemudian.

Perlawanan Liga Super antara TFC dan Negeri Sembilan itu berkesudahan seri tanpa jaringan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya