Suri rumah rayu bantuan ‘anak syurganya’ - Utusan Malaysia

Suri rumah rayu bantuan ‘anak syurganya’

NOR Azliza Wati Jaafar bersama Nurul Arfa Watiqah Rosnari Alias di kediaman mereka di Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang wanita yang hampir kehilangan nyawa demi meneruskan kan­dungan 17 tahun lalu kini tabah menguruskan anak sulungnya yang menghidap penyakit Ce­lebral Palsy (CP).

Nor Azliza Wati Jaafar, 39, dari Kampung Tengkawang di sini berkata, walaupun anak­nya, Nurul Arfa Watiqah Rosnari Alias, 17, ditakdirkan sebagai orang kurang upaya (OKU), namun dia tetap bersyukur memiliki anak syurga.

Menurutnya, anaknya itu dilahirkan normal namun tidak cukup minggu dan dise­babkan alami masalah pernafasan, Nurul Arfa Watiqah ber­ada di hospital selama enam bulan.

“Sewaktu usia kandungan tiga bulan saya alami tumpah darah ketika tidur. Demi selamatkan nyawa, saya diminta gugurkan kandungan namun nekad teruskan kandungan walaupun turut dimaklumkan juga risiko anak bakal dilahirkan mungkin tidak normal.

“Setelah usia menginjak setahun fizikalnya alami perubahan di bahagian kaki dan tangan sebelum diikuti tulang belakang bengkok,” katanya.

Tambah ibu tiga anak ini, anak istimewanya yang kini mempunyai berat badan 18 kilo­gram bergantung kepada susu dan bijirin sepanjang hayat kerana turut me­ngalami masalah saluran makan sempit.

Katanya yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa, selain Nurul Arfa Watiqah, dia mempunyai dua lagi anak berusia 16 serta 10 tahun.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian 019-9244685 atau sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional miliknya bernombor, 1150041000173029. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN