Simpan bekalan lebihi had: Pemilik premis ditahan, 12 tan minyak masak dirampas

Simpan bekalan lebihi had: Pemilik premis ditahan, 12 tan minyak masak dirampas

SURINA Saad (kiri) meninjau kotak minyak masak yang dirampas dalam operasi dilaksanakan di Kampung Baru Padang Besar, Perlis hari ini. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Tindakan seorang pembekal minyak masak yang menyimpan bekalan bahan berkenaan melebihi jumlah dibenarkan, mengundang padah selepas premisnya di Kampung Baru Padang Besar di sini, diserbu pihak berkuasa hari ini.

Jumlah penyimpanan minyak masak mengikut lesen yang dibenarkan adalah sebanyak 80,000 kilogram namun bekalan yang terdapat di premis tersebut sewaktu operasi berkenaan adalah 92,156 kilogram.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, dalam serbuan kira-kira 9 pagi itu, pihaknya mendapati premis tersebut menyimpan lebihan minyak masak dalam botol lima kilogram.

Katanya, selain minyak masak dirampas, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun yang merupakan pemilik premis tersebut.

Ujarnya, nilai rampasan keseluruhan adalah dianggarkan  RM48,800 dan semua barangan itu serta suspek terlibat diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan selanjutnya.

Surina berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 13 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Hukuman bagi kesalahan tersebut adalah denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN