Shoraka Suyula terima lesen dari Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai

Shoraka Suyula terima lesen dari Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai

JOHAR Amat (kanan) menerima lesen inovasi daripada wakil DIFC di Dubai, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pemula teknologi kewangan (fintech) tempatan, Shoraka Suyula Platform (SSP) melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa apabila menerima lesen inovasi dari Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC).

Perkembangan itu membolehkan SSP yang merupakan anak syarikat Shoraka Digital Ventures (Shoraka DV) beroperasi di salah sebuah pusat kewangan global terkemuka di Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara (MEASA). 

Pengarah Urusan Shoraka DV, Johar Amat berkata, usaha mendapatkan lesen itu merupakan langkah pertama yang penting bagi pengembangan syarikat di rantau ini.

“Kehadiran di salah sebuah hab fintech paling aktif di dunia akan membolehkan SSP yang mengendalikan platform re-rahnu memanfaatkan bakat berkemahiran di pasaran global dan rangkaian luas di DIFC Fintech Hive. 

“Lesen ini akan menjadi medium dalam membawa SSP melangkaui Asia Tenggara sekali gus melakar sejarah penting bagi pelan pengembangan global syarikat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, majlis penyerahan lesen inovasi itu diadakan di DIFC, semalam.

Shoraka DV menawarkan perkhidmatan dalam industri teknologi digital di bawah Shoraka Group. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya