Saya masih tahu batas - Iqbal Zulkefli

Saya masih tahu batas – Iqbal Zulkefli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, memaklumkan dia tidak akan menggunakan sensitiviti masyarakat sebagai bahan untuk mendapatkan publisiti bagi melariskan perniagaan.

Kata graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ini, dia masih kenal batas dan tidak melampau seperti individu lain yang sanggup menjentik isu-isu sensitif untuk mendapatkan perhatian.

“Bagi saya, selagi saya tak petik isu agama, berbogel di depan orang ramai, tak buat perkara yang pelik-pelik dan hina orang, tak ada masalah.

“Saya masih tahu batas. Masih boleh berfikir baik buruk perbuatan. Orang lain, saya tak pasti.

“Saya tak suka ke arah itu. Ada benda perlu kontroversi, ada benda perlu serius. Sebab itu, kalau berlaku (kontroversi), lebih baik berdiam,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Iqbal mengakui kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini tidak sedikit pun membawa kebaikan kepada perniagaan yang diusahakannya.

“Tak memberi keuntungan pun kepada perniagaan saya.

“Malah saya rasakan perniagaan menjadi semakin perlahan. Contoh ketika saya baling duit dahulu.

“Sampai bila nak jadi begitu. Satu hari nanti saya mahu jadi orang berguna kepada masyarakat. Sekarang pun saya dah mulakan. Pergi ke sekolah-sekolah dan agih bantuan. Itu jenis manusia yang saya nak jadi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya