RM2.9 juta bantu petani terkesan banjir di Kelantan - Utusan Malaysia

RM2.9 juta bantu petani terkesan banjir di Kelantan

AHMAD Hamzah (enam dari kiri) memegang bendera sebagai gimik pelepasan selepas Majlis Penyampaian Bantuan Banjir dan Ribut Tanaman Padi kepada petani di KADA Tendong, Pasir Mas, Kelantan hari ini. FOTO:ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan RM 2.9 juta bagi membantu petani di lima buah jajahan di negeri yang terkesan dengan banjir.

Timbalan MAFI I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, bantuan itu disalurkan menerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) membabitkan  Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Kota Bharu dan Bachok membabitkan 1,365 petani.

Menurut beliau, jajahan Tumpat adalah kawasan paling teruk terjejas dengan 569 petani, diikuti Pasir Mas dan kawasan-kawasan lain.   

“Bantuan ini bukanlah pampasan atau ganti rugi tetapi ia adalah ihsan daripada kerajaan yang sentiasa peka dan mengambil berat terhadap nasib pesawah. 

“Kerajaan berharap pemberian bantuan ini akan mengurangkan kerugian dan digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya selepas Majlis Penyampaian bantuan Bencana Ribut dan Banjir Tanaman Padi KADA di Tendong hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN