Reman suspek bunuh suami, rakan disambung seminggu

Reman suspek bunuh suami, rakan disambung seminggu

PERINTAH tahanan reman seorang wanita yang disyaki membunuh suaminya di Flat Nipah, Taman Daya Jumaat lalu disambung seminggu lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perintah tahanan reman seorang wanita yang disyaki membunuh suaminya di Flat Nipah, Taman Daya Jumaat lalu disambung seminggu lagi bermula hari ini.

Turut disambung seminggu perintah tahanan rakan suspek yang disyaki bersubahat dalam pembunuhan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, perintah terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Pendaftar Mahkamah, Dhilip Nair.

“Perintah tahanan reman terhadap kedua-dua suspek disambung selama seminggu lagi bermula hari ini hingga 28 Julai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, suspek wanita berusia 35 tahun ditahan disyaki membunuh suaminya ketika berada dalam pengaruh dadah.

Rakan lelakinya yang berusia 52 tahun turut ditahan di sekitar Majide, pada malam hari yang sama.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 44 tahun ditemukan maut dengan keadaan kakinya diikat serta kesan lebam pada bahagian kepala akibat dipukul dengan objek tumpul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN