Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara - Utusan Malaysia

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

covid-19
KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa Isnin ini, rakyat Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kelonggaran itu bagi memudahkan rakyat kembali ke Malaysia selain keadaan sistem kesihatan negara kini berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

Beliau berkata, pemansuhan ini akan dibuat secara berperingkat untuk turut memberi kelonggaran kepada kumpulan-kumpulan lain seperti pemegang-pemegang pas sosial, pas pelajar serta penduduk tetap yang akan diumumkan kelak. 

“Buat permulaan, pemansuhan ini hanya terpakai kepada warganegara.

“Ingin dijelaskan bahawa ciri-ciri Pas Pengembara tersebut masih dipaparkan di aplikasi MySejahtera dan ia perlu dilengkapkan oleh para pengembara bukan warganegara Malaysia sebelum memasuki negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khairy, selain pemantauan kes  Covid-19 dalam kalangan pengembara luar, ciri-ciri tersebut perlu dilengkapkan oleh mereka supaya Kementerian Kesihatan Malaysia berupaya membuat pemantauan ke atas penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya