Polis tahan enam lelaki bantu siasatan kes rogol remaja 16 tahun - Utusan Malaysia

Polis tahan enam lelaki bantu siasatan kes rogol remaja 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 16 tahun.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun itu ditahan kelmarin di sekitar Ipoh selepas menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada Isnin lalu.

“Berdasarkan laporan wanita berusia 53 tahun itu, dia menjumpai mangsa pada pukul 4 petang dalam keadaan khayal dan terbaring dalam sebuah rumah di Panorama Lapangan Perdana.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dia didapati telah dirogol,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, mangsa berkenalan dengan salah seorang daripada suspek dan dibawa ke sebuah hotel di Pekan Baru.

Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan di sebuah rumah flat sebelum dijumpai ibunya dalam keadaan separuh sedar.

“Kesemua suspek direman empat hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi memboleh siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya