Polis tahan 4 keldai akaun - Utusan Malaysia

Polis tahan 4 keldai akaun

KAMARUL RIZAL JENAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seramai empat lelaki dipercayai bertindak sebagai keldai akaun oleh sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian, pelaburan tidak wujud dan Macau Scam ditahan polis dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang serta Perak, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek yang kesemuanya lelaki berusia 25 hingga 48 tahun itu ditahan selepas polis menjalankan risikan terhadap mereka sejak seminggu lalu.

”Dua daripada empat suspek ini ditahan di Batu Maung dan Bukit Mertajam, dekat sini manakala dua lagi suspek ditangkap di Taiping dan Bagan Serai, Perak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah antara RM13,000 hingga RM400,000 dan melibatkan kes yang dilaporkan sejak 2019 hingga tahun ini.

”Empat suspek ini kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial, pinjaman tidak wujud, tawaran pekerjaan luar negara (sambilan), Macau Scam dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, katanya, polis juga meminta orang ramai supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pautan https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau memuat turun di Aplikasi Google Play Semak Mule CCID sebelum membuat sebarang transaksi. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya