Polis siasat hantaran Facebook hina agama, nabi - Utusan Malaysia

Polis siasat hantaran Facebook hina agama, nabi

HANTARAN yang dimuat naik bersama beberapa tangkap layar status Facebook dipercayai dibuat seorang lelaki berperwatakan wanita didakwa beragama Islam yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad tular dalam media sosial sejak Sabtu lalu. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Polis akan menjalankan siasatan berhubung hantaran tular di Facebook yang didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dipercayai oleh seorang individu berperwatakan wanita.

Hantaran berkenaan tular sejak kelmarin dan mendapat perhatian warganet yang rata-rata meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid bagaimanapun berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkaitan isu tersebut.

“Setakat ini kita belum terima laporan secara rasmi, tetapi saya akan semak sama ada laporan itu ada dibuat di negeri lain.

“Kalau (laporan polis), kita siasat apa kesalahan yang dilakukan sama ada di bawah Akta 506, atau jika sampai menghina agama, siasatan boleh dibuat di bawah Akta Hasutan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program High Profile Policing (HPP) Ketua Polis Perak di Pulau Pangkor di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dan Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.