Polis minta Lufya beri kerjasama - Utusan Malaysia

Polis minta Lufya beri kerjasama

Keratan Utusan Online sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis meminta pelakon, Lufya Omar memberi kerjasama bagi membantu siasatan lanjut berhubung dakwaan lelaki yang cuba menculik anak perempuannya pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis perlu mengambil keterangan kanak-kanak perempuan berkenaan.

“Polis telah menghubungi wanita berkenaan untuk hadir bagi mengambil maklumat berhubung kejadian.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu kerjasama daripada dia (Lufya), bukan dia tidak mahu mungkin ada hal lain tetapi sekarang masih dalam siasatan dan perlu mendapatkan kerjasama darinya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian, Am dan Berharga di Balai Polis Ara Damansara di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga akan mengeluarkan fotofit milik suspek untuk hebahan awam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jun lalu, Lufya mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura ketika berada di taman permainan rumah mereka di Kota Damansara di sini.

Lufya atau nama penuhnya Lutfyah Sheikh Omar bersyukur anak dan dirinya selamat, namun dia cedera di muka mendakwa telah dipukul menggunakan batang kayu.

Pelakon itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara kira-kira pukul 6 pagi pada 29 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya