PN guna logo baharu lebih sesuai pada PRU15 - Utusan Malaysia

PN guna logo baharu lebih sesuai pada PRU15

MUHYIDDIN Yassin berucap pada program Kenduri Rakyat AidilAdha PN Perak di Manjoi, Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perikatan Nasional (PN) akan mengubah suai dan menambah baik logo PN sedia ada  termasuk kemungkinan menggunakan simbol parti-parti yang ada dalam gabungan itu.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dua minggu lalu.

Menurut beliau, cadangan itu bagi menjadikan logo PN lebih baik dan lebih sesuai dengan gabungan itu.

“Logo PN yang ada sekarang pun sudah diterima dengan baik tapi mungkin pada masa akan datang, kita perlukan sedikit perubahan pada logo tapi perkara ini kena ikut peraturan dan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin sedang berusaha ke arah itu bagi menjadikan logo PN lebih baik berbanding yang ada sekarang,” kata beliau pada program Kenduri Rakyat AidilAdha PN Perak di Manjoi di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Muhyiddin mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang memaklumkan parti itu mempertimbangkan untuk menggunakan logo baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Abdul Hadi, Pas berbincang untuk mengubah simbol baharu yang sesuai. 

Mengulas lanjut kenyataan Abdul Hadi itu, Muhyiddin berkata, apa yang dimaksudkan Presiden Pas itu mungkin merujuk kepada keputusan Majlis Tertinggi PN dua minggu lalu.

“Apa yang saya faham,  dia (Abdul Hadi) maksudkan ialah keputusan oleh Majlis Tertinggi PN dua minggu lalu iaitu cadangan kita membuat sedikit perubahan pada logo, mereka mahu kita cari logo yang sesuai dengan PN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya