Pindaan operasi potongan cukai 2 peratus syarikat pembayar kepada EPP

Pindaan operasi potongan cukai 2 peratus syarikat pembayar kepada EPP

Lembaga Hasil Dalam Negeri mengumumkan pindaan pengoperasian potongan cukai dua peratus secara pentadbiran oleh syarikat pembayar kepada ejen, pengedar atau pengagih (EPP) bermula bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan pindaan pengoperasian potongan cukai dua peratus secara pentadbiran oleh syarikat pembayar kepada ejen, pengedar atau pengagih (EPP) bermula bulan ini.

Menerusi satu kenyataan, LHDN berkata, syarikat pembayar perlu membuat potongan cukai 2 peratus kepada EPP bagi setiap transaksi potongan secara terkumpul mengikut bulan dan amaun berkenaan hendaklah diremitkan kepada Ketua Pengarah LHDN selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya.

“Syarikat pembayar dikehendaki mengemukakan Borang CP107D – Pin 2/2022 dalam bentuk PDF dan Lampiran CP107D(2) dalam format Excel secara emel mengikut pusat bayaran sebelum pembayaran dibuat. 

“Pengemukaan borang dan lampiran secara emel adalah perlu bagi bayaran di kaunter atau secara pos. Sebagai contoh, sekiranya emel dihantar ke Pusat Bayaran Kuala Lumpur, pembayaran boleh dibuat di Pusat Bayaran Kuala Lumpur sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LHDN mengingatkan syarikat pembayar perlu memastikan penerima mempunyai nombor cukai pendapatan sebelum membuat pengisian Lampiran CP107D(2)

Katanya, sekiranya penerima tidak mempunyai nombor cukai pendapatan, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui e-Daftar di https://edaftar.hasil.gov.my/.

“Kelayakan dalam memastikan EPP itu layak dibuat potongan dalam tahun 2022 adalah berdasarkan nilai ambang RM100,000 penerimaan bayaran (tunai dan bukan tunai) pada tahun sebelumnya (2021),” ujarnya.

Borang CP107D – Pin 2/2022 dan Lampiran CP107D(2) boleh diakses dan dimuat turun dari Portal Rasmi HASiL melalui pautan di bawah: https://www.hasil.gov.my/borang/muat-turun-borang/muat-turun-borang- cukai-pegangan/?subKategoriCukaiPegangan=Semua&tahun=Semua

Manakala sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dikemukakan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN