Pertimbang undang-undang rakyat pecat wakil rakyat - Utusan Malaysia

Pertimbang undang-undang rakyat pecat wakil rakyat

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan me­rangka undang-undang untuk membolehkan pengundi me­mecat wakil rakyat yang ti­dak berfungsi atau bermasalah di ka­wasan masing-masing.

Menerusi undang-undang ter­sebut, rakyat boleh menghan­tar petisyen kepada kerajaan untuk memilih wakil rakyat baharu me­nerusi pilihan raya.

Perkara tersebut bukan luar bia­sa kerana sudah di­kuat­kua­sa­kan di beberapa negara se­perti di Uni­ted Kingdom dan New Zealand.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, undang-undang tersebut boleh dipertimbangkan untuk diwartakan di negara ini juga.

Menurut beliau, tin­dakan ahli parlimen yang dipi­lih jelas me­langgar Perlembagaan se­kali gus mengkhianati mandat rak­yat.

Oleh itu, kata beliau, dalam isu tersebut, kos untuk mengadakan semula pilihan raya di kawasan terlibat bukanlah isu utama sebaliknya apa yang le­bih penting adalah memperta­hankan demokrasi negara.

Bercanggah

“Apa yang mereka buat se­perti lompat parti bercanggah dengan Perlembagaan dan apa­bila mereka hilang keahlian parti, maka pilihan raya perlu diadakan.

“Ada yang tanya macam mana dengan kos pilihan raya nanti? Demokrasi ini tidak boleh dinilai dengan harga, pilihan raya tetap perlu dibuat. Sebab itulah, rakyat kena pilih betul-betul, perlu nilai betul-
betul,” kata beliau.

Bagaimanapun, Wan Junai­di berkata, keputusan untuk melaksanakan pilihan raya se­mula belum dimuktamadkan setakat ini.

“Kita memang ada berbincang, taklimat juga diadakan bersama ahli-ahli parlimen mengenai perkara itu untuk memberi kebenaran kepada rakyat di kawasan masing-ma­sing untuk menilai ahli parlimen masing-masing.

“Sekiranya ahli parlimen bermasalah, ahli parlimen tak buat kerja, mereka boleh kemuka petisyen untuk pilihan raya semula.

“Tetapi kita belum buat lagi… jika ada keperluan dan desakan ramai, maka kita akan buat. Cuma pilihan raya semula ini perlu ada aktanya sendiri, ia tidak melalui pindaan Perlembagaan mahupun Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957 tetapi sebagai Akta Parlimen,” katanya.

Sokongan

Semalam, akhbar ini mela­porkan pilihan raya semula yang memberi ruang kepada pengundi untuk menarik semula soko­ngan kepada wakil rakyat perlu segera diwujudkan bagi melengkapkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang dilihat mempunyai kelemahan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said antara individu paling lantang menggesa pilihan raya semula dilaksanakan jika ahli parlimen dilihat tidak berfungsi mengikut kehendak rakyat.

Malah, ketika perbahasan di Parlimen baru-baru ini, Azlina mencadangkan recall remedy iaitu memberi kuasa kepada pengundi di satu-satu kawasan untuk memilih sama ada ahli parlimen yang menang pilihan raya kekal berkuasa atau perlu mengosongkan kerusinya serta-merta.

Bekas Timbalan Speaker itu juga pernah menghantar suatu notis usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada tahun lalu bertajuk RUU Pemecatan Ahli Parlimen namun ditolak dengan alasan membebankan kos perbelanjaan kerajaan.

Kelmarin, pindaan Perlembagaan mengenai peruntukan larangan ahli parlimen lompat parti diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan, dengan seramai 209 ahli Parlimen bersetuju dan 11 ahli Parlimen tidak hadir menerusi undi belah bahagian di Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN