harga ayam

Keberkesanan dipersoal, penternak dakwa MAFI bergantung gergasi industri yang sama sebagai penasihat

PERBUATAN kartel, integrator menipu harga ayam peringkat ladang dikatakan menjadi punca harga bahan makanan itu meningkat di pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu kumpulan penternak ayam kecil-kecilan di negara ini mempersoalkan keberkesanan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi sedangkan ‘penasihat utamanya’ masih bergantung kepada wakil gergasi industri yang sama sejak sekian lama.

Walaupun ia turut dianggotai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), namun agensi kerajaan itu bergantung kepada input industri yang dibekalkan oleh persatuan penternakan tersebut yang terdiri daripada pemain-pemain gergasi swasta industri ayam.

Justeru kata sumber, ba­gai­mana mungkin pasukan khas itu dapat beroperasi de­ngan lan­car untuk mengawal industri ayam dan telur, sedangkan yang menasihatinya adalah pihak swasta yang memikirkan laba dan keuntungan semata-mata tan­pa mempedulikan soal kebajikan rakyat.

Sehubungan itu, sumber kum­pulan penternak ayam kecil-kecilan itu mendesak kerajaan mendapatkan input daripada para penternak dan bukan hanya pemain-pemain gergasi jika serius mahu mena­ngani isu kenaikan harga ayam dan telur.

Ini kerana, dakwa sumber, pemain-pemain gergasi yang juga adalah kartel menindas pen­ter­nak kontrak di bawah mereka.

“Dalam mesyuarat dengan kementerian, mereka ‘main wayang’ kononnya suara mereka mewakili penternak. Hakikatnya, penternak kontrak di bawah mereka ibarat ‘hamba abdi’,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sumber berkata, buktinya, berdasarkan penyata integrator, kartel memeras penternak kontrak sehingga mereka ha­nya dapat untung maksimum RM1.50 untuk seekor ayam. Malah, kadang-kadang penternak kontrak di bawah kartel langsung tidak dapat untung.

Selasa lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan langkah menu­buhkan Pasukan Khas Jihad Ta­ngani Inflasi bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi tekanan ekonomi yang sema­kin menghimpit.

Pasukan khas tersebut akan merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan dan dianggotai antaranya oleh MAFI dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kata sumber, KPDNHEP pula baru-baru ini mengadakan sesi dialog dan libat urus hanya menjemput wakil persatuan penternakan itu dan Gabu­ngan Persatuan-Persa­tuan Penggu­na Malaysia (FOMCA), tanpa menjemput penternak sebenar

“Adakah kementerian masih tak nampak bahawa penternak-penternak ini sebenarnya jadi mangsa dihambakan oleh persatuan penternak itu, yang kononnya melantik penternak kontrak tapi sebenarnya memeras penternak di bawah mereka? Soalnya, siapa yang melantik persatuan penternakan itu untuk bersuara bagi pihak kami?” soal sumber di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN