Perikatan Nasional bincang persiapan hadapi PRU15

Perikatan Nasional bincang persiapan hadapi PRU15

ABDUL Hadi Awang (kiri) dan Muhyiddin Yassin berdoa dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) malam tadi antara lain turut menyentuh mengenai persiapan penting dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat turut bersetuju untuk mengadakan Konvensyen PN pada 27 Ogos ini sempena sambutan ulang tahun kedua gabungan berkenaan.

“Malam tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi yang dihadiri oleh Presiden parti-parti anggota PN dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.

“Mesyuarat turut membincangkan persiapan-persiapan penting bagi menghadapi PRU15,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Dalam mesyuarat itu, Muhyiddin turut melaporkan beberapa perkembangan terkini termasuk pelancaran PN Kelantan yang mendapat sambutan menggalakkan di samping pelancaran PN Terengganu yang akan diadakan di Marang pada, Sabtu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya