Pensyarah undang-undang UiTM pengerusi baharu Suhakam

Pensyarah undang-undang UiTM pengerusi baharu Suhakam

RAHMAT MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pensyarah undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi tempoh 2022 hingga 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selaras dengan Subseksyen 6(1) Akta 597, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.

“Beliau adalah seorang pakar perundangan dan hak asasi manusia daripada UiTM.

“Semoga lantikan yang inklusif ini akan lebih memperkasakan Suhakam dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya demi kesejahteraan negara,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Agong turut memperkenankan pelantikan seramai lapan anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang baharu bagi sesi 2022-2025.

Pelantikan itu dibuat mengikut Subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597].

Berikut adalah anggota-anggota baharu yang dilantik:

– Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad

– Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal

– Datuk Mohamad Nordin Ibrahim

– Dr. Chew Chee Ming (Sarawak)

– Datuk Mary@Mariati Robert (Sabah)

– Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican

– Nazira Abdul Rahim

– Ragunath Kesavan

Lantikan untuk tempoh tiga tahun ini berkuat kuasa 22 Jun 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN