Penghantar makanan didakwa rogol remaja 15 tahun - Utusan Malaysia

Penghantar makanan didakwa rogol remaja 15 tahun

AFIQ Yan Muhammad Farid Yan dituduh merogol remaja perempuan berusia 15 tahun dua minggu lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh, Afiq Yan Muhammad Farid Yan, 20, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan itu didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah hotel dalam daerah Ipoh di sini pada pukul 12.30 pagi, 16 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakili peguam Mahajoth Singh.

Terdahulu, Afiqa liyana menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun Mahajoth memohon jaminan dikurangkan antara RM5,000 ke RM6,000 atas alasan ibu bapa anak guamnya itu hanya bekerja biasa.

Norita membenarkan lelaki itu diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 9 September ini bagi sebutan semula kes.

Baru-baru ini, enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan remaja perempuan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar Ipoh selepas menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada Isnin lalu.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa berkenalan dengan salah seorang daripada suspek dan dibawa ke sebuah hotel di Pekan Baru. Mangsa kemudian ditinggalkan di sebuah rumah flat sebelum ditemukan ibunya dalam keadaan separuh sedar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya