Pengasas Kelab Komedi Crackhouse ditahan

Pengasas Kelab Komedi Crackhouse ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dipercayai ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan komediri di kelab itu, dekat sini,  baru-baru ini.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang ini di sebuah lokasi di ibu negara dan ditempatkan di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Difahamkan, tangkapan dan siasatan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Penahan ke atas lelaki itu dilakukan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Bagaimanapun tiada pengesahan lanjut daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perkara itu dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Semalam, Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan berkata, operasi kelab komedi terletak di Taman Tun Dr Ismail itu digantung sementara kerana didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.

Katanya, pemilik premis berkenaan hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras, tetapi tiada lesen hiburan.

Dalam pada itu, Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Pulau Pinang (GNIPP) semalam, membuat laporan polis terhadap pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse dan meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada wujud unsur penyebaran dakyah liberalisme di kelab itu selama ini.

Laporan polis turut dibuat oleh Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) bersama lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) terhadap lelaki terbabit dan kelab komedinya atas dakwaan menghina agama Islam dan orang Melayu dalam persembahannya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.