Pasangan kekasih aktif ragut ditahan

Pasangan kekasih aktif ragut ditahan

SURINA SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sepasang kekasih yang dipercayai aktif melakukan kegiatan ragut sejak dua bulan lalu ditahan polis dalam serbuan semalam.

Pasangan kekasih berusia 27 tahun dan 42 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini dan Arau.

Suspek pertama ditahan di Jalan Che Murad Belat Batu, Arau sekitar pukul 6 petang manakala teman wanitanya pula ditahan di Pangsapuri Seri Sena pada pukul 9.35 malam.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad yang mengesahkan mengenai penahanan tersebut berkata, dua suspek itu dipercayai terlibat dalam sembilan kes ragut melibatkan daerah Kangar dan Arau sebelum ini.

“Suspek dipercayai menggunakan modus operandi meragut penunggang motosikal dan semua mangsanya adalah wanita,” katanya.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Perlis hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN