OKU rakyat Malaysia tawan Gunung K2 - Utusan Malaysia

OKU rakyat Malaysia tawan Gunung K2

RAVICHANDRAN Tharumalingam mengibarkan Jalur Gemilang sebaik sahaja menjejak di puncak Gunung K2, Pakistan pada Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pendaki solo dan orang kelainan upaya (OKU), Ravichandran Tharumalingam berjaya menawan puncak gunung kedua tertinggi dunia, Gunung K2, Jumaat lalu.

Ravichandran, 57, berkata, beliau berjaya menawan gunung di Pakistan yang terletak dalam banjaran sama dengan Everest iaitu Himalaya pada pukul 10.50 pagi waktu Malaysia.

“Saya sangat teruja kerana berjaya mendaki gunung setinggi 8,611 meter (m) itu selepas kejayaan menjejak kaki ke Gunung Everest, Nepal pada 12 Mei lalu.

“Kejayaan saya Jumaat lalu dibantu lima pendaki solo terhebat dunia serta lima orang sherpa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ravichandran yang tiada beberapa batang jari di tangan kanan dan kiri itu turut menzahirkan penghargaan kepada ahli keluarganya, pihak penaja serta seluruh rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepadanya.

Gunung K2 atau nama tidak rasminya Gunung Godwin Austen terletak di bahagian Karakoram dari Himalaya antara Pakistan dan China Gunung itu disifatkan sebagai paling sukar didaki kerana cuaca dan permukaannya lebih curam dan berbahaya berbanding Everest.

Dalam pada itu, Ravichandran berkata, usahanya selama ini membuktikan golongan OKU mampu melakukan apa sahaja berbekalkan kemahuan serta iltizam yang tinggi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya