PADANG BESAR: Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Jentik di sini mengambil inisiatif membawa 80 murid sekolah itu menaiki bas untuk menonton filem Mat Kilau di panggung wayang di Alor Setar, Kedah semalam. Kanak-kanak tersebut yang diiringi lapan guru mengikuti rombongan menonton wayang dengan menaiki dua buah bas yang disediakan. Seorang murid, Alif Imran Ahmad Firdaus, 12, berkata, dia teruja mahu menonton karakter Mat Kilau, salah seorang pejuang yang namanya dicatatkan dalam…










