Mangsa dipukul, disamun sekumpulan lelaki 

Mangsa dipukul, disamun sekumpulan lelaki 

MOHD. SOHAIMI ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Seorang lelaki bukan sahaja dipukul, malah turut disamun sekumpulan lelaki di sebuah flat, di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian pukul 4.05 pagi semalam itu, mangsa berkeseorangan berjalan pulang ke rumahnya di flat tersebut.

“Mangsa dipukul sekumpulan lelaki sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bibir dan sakit di bahagian bahu kanan.

“Barangan peribadi milik mangsa seperti sebuah telefon bimbit jenis Vivo V2, dompet mengandungi kad pengenalan mangsa dan wang tunai SG$460 (RM1,449) turut disamun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berusia 23 tahun itu yang merupakan penghuni di flat tersebut tentang kejadian berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, pada pukul 6.07 petang, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam membuat tangkapan terhadap lima warga tempatan di sekitar Pasir Gudang,” katanya.

Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 20 hingga 32 tahun dan semakan rekod mendapati tiga daripada mereka memiliki empat rekod jenayah lampau.

“Semua suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini hingga Ahad ini bagi membantu siasatan dijalankan. 

Dengan tangkapan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya