Lupakan hasrat kahwin demi ibu - Utusan Malaysia

Lupakan hasrat kahwin demi ibu

NUR Alia Natasha Nawi (kiri) menjaga ibunya yang sakit saraf di rumahnya di RKT Kesedar Paloh 2, Gua Musang, Kelantan. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang wanita tekad ‘melupakan’ seketika has­rat berkahwin kerana mahu menjaga ibunya yang terlantar akibat serangan penyakit saraf sejak empat tahun lalu.

Nur Alia Natasha Nawi, 25, berkata, keputusan menjaga ibu­­nya, Hamidah Awang, 68, di­buat bagi memberi ruang kepa­da abang dan kakaknya yang sudah mempunyai tanggungjawab kepada keluarga ma­sing-masing.

Mengakui mempunyai kena­lan lelaki, gadis itu berkata, se­bagai anak bongsu daripada la­pan beradik, dia sama sekali tidak terbeban dengan tugas itu kerana abang dan kakak sentiasa bertanya khabar selain memberi sokongan.

“Saya lebih pen­tingkan kea­daan kesihatan ibu berbanding hal lain walaupun ramai rakan sebaya sudah berkeluarga.

“Saya perlu berada di sisi ibu dan menjaganya sepanjang hari kerana dia tidak boleh berjalan dengan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 di sini semalam.

Jelas Nur Alia Natasha, ibunya masih berada dalam fasa ke­sedihan apabila bapa, Nawi Yaacob, 70, meninggal dunia Januari lalu akibat angin ahmar.

Katanya, bagi meneruskan ke­langsungan hidup, dia men­ca­­ri rezeki dengan menjual ma­kanan ringan di hadapan rumahnya.

“Saya dan ibu juga bergantung dengan hasil ladang kelapa sawit milik arwah bapa seba­nyak RM300 sebulan,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Nur Alia Natasha di talian 016-8129358 atau me­nyalurkan sumbangan menerusi nombor akaun bank CIMB bernombor 7068388561. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN