Lima dilaporkan maut kemalangan jalan raya di Gerik - Utusan Malaysia

Lima dilaporkan maut kemalangan jalan raya di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Lima orang dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan berhampiran Hentian Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang tadi melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dengan kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood ketika dihubungi berkata, maklumat lanjut mengenai kemalangan itu sedang diperincikan.

“Saya sahkan kemalangan itu berlaku namun jumlah dan identiti mangsa yang terlibat sedang dikenal pasti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.