KPDNHEP kesan lima kesalahan berkaitan minyak masak

KPDNHEP kesan lima kesalahan berkaitan minyak masak

SAHARUDDIN Mohd. Kia (tengah) melakukan pemeriksaan sebuah kilang pada Operasi Pengauditan dan Pemutihan Minyak Masak Paket di Kampung Banggol Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu,  hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengambil tindakan  terhadap lima pemain industri di negeri ini selepas melakukan kesalahan berkaitan minyak masak sejak 23 Jun lalu.

Pengarah KPDNHEP negeri, Saharuddin Mohd. Kia berkata, tiga kesalahan yang dilakukan itu menyimpan minyak masak bagi tujuan perdagangan melebihi 12 kilogram (kg) tanpa permit.

Menurutnya, dua lagi kesalahan tersebut melibatkan  kegagalan menyelenggara buku stok barang kawalan.

Katanya, kesalahan menyimpan minyak masak tanpa permit itu pula melibatkan dua pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Kuala Terengganu dan Dungun .

“Kesalahan pertama itu melanggar Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun bagi individu.

“Bagi pesalah syarikat pula, denda tidak lebih RM2 juta boleh dikenakan jika sabit kesalahan,” katanya selepas melakukan pemeriksaan di sebuah kilang memproses mipada Operasi Pengauditan dan Pemutihan Minyak Masak Paket di Kampung Banggol Tok Jiring di sini, hari ini.

 Saharuddin berkata, satu syarikat pembungkus dan pemborong minyak masak masing-masing di Kuala Terengganu dan Dungun pula dikesan gagal menyelenggara buku stok barang kawalan.

Jelas beliau, kesalahan tersebut dilakukan mengikut Peraturan 13 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan sebelum tindakan penguatkuasaan dan perundangan diambil.,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN