Kerajaan peruntuk geran tahunan RM4 juta kepada MTUC

Kerajaan peruntuk geran tahunan RM4 juta kepada MTUC

ISMAIL SABRI YAAKOB beramah mesra bersama para perwakilan MTUC selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MTUC ke-42, di Universiti Malaya, di sini hari ini. UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kerajaan bersetuju memperuntukkan geran tahunan RM4 juta kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program kesedaran dan latihan yang signifikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, geran itu diharap dapat mewujudkan pelan pendidikan lebih holistik, efektif dan komprehensif kepada ahli kesatuannya, gabungan serta  pekerja Keluarga Malaysia yang lain.

Beliau berkata, melalui pelan pendidikan yang strategik, MTUC boleh terus memainkan peranan penting dalam melahirkan pekerja dinamik.

“Negara memerlukan tenaga kerja yang proaktif dan fleksibel bagi menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja yang sentiasa berubah dan kompetitif.

“Peningkatan kemahiran dan latihan semula (reskilling and upskilling) merupakan kunci yang penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Persidangan Perwakilan MTUC Kali Ke-42 di Auditorium Dewan Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN