Kerajaan perkenal Menu Keluarga Malaysia- PM

Kerajaan perkenal Menu Keluarga Malaysia- PM

KERAJAAN akan menawarkan menu Keluarga Malaysia bagi meringankan beban mahasiswa -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kerajaan memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di restoran-restoran koperasi dan kafetaria di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) serta mana-mana premis penjualan makanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menawarkan menu makanan berkualiti pada harga siling sebanyak RM3.50 untuk satu hidangan menerusi Bakul Makanan Siswa Keluarga Malaysia.

Jelas beliau, usaha itu bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup dalam kalangan penuntut universiti.

“Kementerian Pengajian Tinggi juga memutuskan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pengusaha makanan di dalam kampus IPT supaya pengusaha makanan mampu menurunkan harga makanan yang dijual kepada pelajar.

“Pihak kerajaan akan berbincang dengan ANGKASA dan Persatuan Pengusaha Restoran untuk membincangkan perincian tentang menu dan harga,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan pelbagai langkah untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan barangan keperluan harian termasuk menyalurkan subsidi sehingga RM700 juta bagi menstabilkan harga makanan termasuk ayam.

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan melaksanakan program pemutihan minyak masak peket dengan melibatkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengatasi ketirisan yang menyebabkan negara kerugian jutaan ringgit dan kekurangan bekalan.

Malah disamping itu kerajaan juga memberi amaran pembatalan lesen kepada ratusan syarikat yang terbabit dalam pengedaran minyak masak bersubsidi itu. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya