KOTA BHARU: Para penyeludup minyak masak peket bersubsidi menjadikan Kelantan sebagai hab pengumpulan minyak sebelum memasarkannya ke negara jiran dengan mengaut untung sehingga RM25,000 sebulan. Itu antara modus operandi segelintir ‘tauke’ minyak masak yang dikatakan memborong lebih 1,500 tan metrik bahan subsidi tersebut dari luar negeri ini bagi sekali perjalanan. Maklumat itu diperoleh hasil siasatan dan temu bual wartawan Utusan Malaysia dengan beberapa penyeludup yang aktif menjalankan kegiatan itu sejak…










