Kasut kurniaan Sultan Johor - Onn Hafiz - Utusan Malaysia

Kasut kurniaan Sultan Johor – Onn Hafiz

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan dakwaan individu yang mengatakan beliau memakai kasut berharga puluhan ribu ringgit walaupun baharu beberapa bulan memegang jawatan berkenaan.

Sebaliknya beliau memberitahu, kasut tersebut adalah kurniaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Ini adalah kurniaan ke bawah Duli Tuanku Sultan.

“Ini bukan perkara baharu, malah ke bawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan Exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” katanya menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebook rasmi miliknya.

Terdahulu, perkara berkenaan turut dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Cina tempatan yang memetik sebuah akaun media sosial mendakwa Onn Hafiz membeli kasut berharga ribuan ringgit sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN