Jiran nampak suspek heret wanita dalam keadaan berlumuran darah

Kelar ibu, anak: Jiran nampak suspek heret wanita dalam keadaan berlumuran darah

KERATAN laporan Utusan Online.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jiran seorang wanita dan bayi lelakinya berusia dua bulan yang mati dibunuh trauma kerana melihat mangsa diheret suspek dalam keadaan berlumuran darah, dalam kejadian di  Bakar Batu, di sini hari ini.

Remaja itu berkata, ketika kejadian dia sedang menunggu abangnya berhampiran lokasi kejadian untuk ke sekolah.

Ketika sedang menunggu, dakwanya, dia ternampak suspek mengheret mangsa keluar dari rumah.

“Mula-mula, saya terdengar suara jeritan seorang lelaki dari rumah tersebut. Dua kali dia menjerit, namun saya tidak dengar dengan jelas apa yang dikatakannya.

“Tidak lama kemudian, saya nampak suspek mengheret seorang wanita yang kelihatan sudah tidak bergerak, tetapi saya tidak tahu sama ada dia masih bernyawa atau tidak ketika itu.

“Kemudian suspek masuk kembali ke dalam rumah dan keluar bersama bayi lelaki yang sedang menangis teresak-esak ketika itu,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak melihat apa berlaku kepada bayi tersebut selepas itu berikutan tindakan abangnya yang memecut motosikal meninggalkan tempat kejadian kerana takut apa-apa berlaku.

Seorang lagi jiran pula mendakwa, dia mendengar suspek menjerit ‘kau apa hal’ dipercayai kepada wanita itu sebelum mengetahui kejadian yang berlaku.

“Semalam, saya baru sahaja membaiki kereta milik suspek dan meluangkan masa berbual dengannya pada waktu petang,” katanya yang bekerja sebagai mekanik.

Seorang lagi jiran memberitahu, suspek berkelakuan agak pelik dengan membelanja pelanggan yang bersarapan di gerainya pagi semalam.

“Suspek memang kerap bersarapan di gerai ini, namun dia tidak pernah belanja sesiapa. Cuma semalam ketika hendak membayar makanannya, dia beritahu kepada saya untuk kira semuanya.

“Jadi, semalam pertama kali dia berbuat demikian dengan membelanjakan lebih RM20 untuk membayar makanan pelanggan lain,” katanya yang mengusahakan gerai di hadapan rumahnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya