Siti Nuramira tidak akan didakwa di Mahkamah Syariah - Utusan Malaysia

Siti Nuramira tidak akan didakwa di Mahkamah Syariah

SITI Nuramira Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengesahkan tidak akan mendakwa wanita yang menghina Islam ketika membuat persembahan komedi, Siti Nuramira Abdullah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah persekutuan hari ini, tindakan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Siti Nuramira adalah berdasarkan  Seksyen 58 (2) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dan Seksyen 181 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutan) 1997.

“Pertuduhan jenayah dimulakan di Mahkamah sivil (Mahkamah Sesyen Jenayah) pada 13 Julai 2022 di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman yang lebih berat.

“Maslahah dari sudut pentadbiran keadilan bagi mengelakkan Orang Kena Tuduh (OKT) dituduh di dua mahkamah yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama iaitu untuk dihukum atas kesalahan yang dilakukan,” ujar kenyataan tersebut.

Siti Nuramira sepatutnya didakwa hari ini mengikut  Siti Nuramira sepatutnya didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Sabit kesalahan, Siti Nuramira, 26, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali.

Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Menurut kenyataan itu lagi, kes terhadap Siti Nuramira didaftarkan pada 13 Julai lalu berdasarkan siasatan awal yang dijalankan terhadap Siti Nuramira.

“Sebutan pertama ditetapkan pada 14 Julai 2022 dan ditangguhkan pada 21 Julai 2022. Tertuduh telah ditahan oleh pegawai penguatkuasaan agama pada 19 Julai 2022 untuk siasatan lanjut,” kata kenyataan itu lagi.

Pagi tadi, media menerima kenyataan daripada pasukan pembelaan Siti Nuramira yang menyatakan wanita itu telah dibebaskan oleh Jawi tanpa jaminan atau bon serta merta.

Tambah kenyataan itu lagi, tindakan tidak meneruskan pendakwaan itu adalah sejajar dengan matlamat syariah yang menekankan  pendekatan ta’dib (mendidik) dalam pentadbiran jenayah Syariah bagi membawa tertuduh ke arah amalan Islam yang sebenar. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya