Jawab isu Pandora Papers sebelum gesa saya letak jawatan - Anwar - Utusan Malaysia

Jawab isu Pandora Papers sebelum gesa saya letak jawatan – Anwar

ANWAR Ibrahim bercakap kepada media sewaktu sidang akhbar Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di IDCC Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin perlu memberi penjelasan berkaitan isu Pandora Papers sebelum menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua pembangkang, kononnya bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Menjelaskan perkara tersebut, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, terdapat pemimpin kononnya mahu membanteras rasuah, namun sebaliknya mereka terlibat dengan rasuah sehingga mengaut sehingga berbilion ringgit.

“Sudah tentu Tun Daim Zainuddin adalah orang terakhir yang melihat saya sebagai Perdana Menteri. Walaupun saya yakin tidak ada perkara peribadi tetapi saya tahu kerana saya mengambil alih Kementerian Kewangan selepas dia.

“Apabila saya bercakap tentang skandal Pandora dan semua skandal kewangan yang lain, orang menggunakan jawatan mereka untuk mengumpul kekayaan serta mengaut berbilion ringgit. Dia perlu menjawab hal ini.

“Saya tidak perlukan simpati atau sokongan dari dia dan ada kalangan mereka ini telah mendapat hasil daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mereka menganggap rakyat Malaysia bodoh,” katanya pada sidang akhbardi Pusat Konvensyen Ideal, IDCC, hari ini.

Terdahulu Daim berkata, sudah tiba masa tokoh politik veteran berundur untuk memberi ruang kepada generasi baharu memimpin negara.

Jelas Daim, selagi tokoh politik berkenaan masih kekal di sini, generasi baharu tidak boleh naik.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau pernah mempersoal bekas Perdana Menteri mengenai lantikan Daim sebagai Ketua Penasihat Ekonomi.

“Jadi berbalik kepada soal itu, saya tidak menyerang Daim secara peribadi tetapi dia jangan anggap saya boleh ditakutkan sekiranya saya memilih untuk mendedahkan skandal ini.

“Soal dia terselamat selama ini, tanyalah Perdana Menteri sebelum ini, malah dia dilantik sebagai ketua penasihat ekonomi Pakatan Harapan (PH). Saya keluar penjara dan saya nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagaimana orang yang terlibat dengan semua ini boleh dilantik namun Mahathir cakap itu keputusan dia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya