KUALA LUMPUR: Semua ahli parti dalam Pakatan Harapan (PH) perlu akur dan patuh dengan keputusan Majlis Presiden dan bukannya membuat keputusan mengikut ‘kepala sendiri’. Mengingatkan perkara itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, ini bagi mengelak wujud masalah dalam usaha PH mencari kata sepakat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Tidak ada maknanya kita berpecah dengan pembangkang lain, sebaliknya kita perlu…










