Isu tuntutan Sulu. : Jawatankuasa mula prosiding 11 Ogos ini 

Isu tuntutan Sulu: Jawatankuasa Pilihan Khas mula prosiding 11 Ogos ini 

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Hal Ehwal Antarabangsa akan memulakan prosiding pada 11 Ogos ini berhubung isu tuntutan kumpulan Sulu ke atas aset-aset negara pada selaras dengan Peraturan Mesyuarat 83(4) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) berkata, prosiding itu wajar dimulakan selepas beberapa usul dikemukakan beberapa ahli Parlimen menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) ditolak untuk dibahas di dalam Dewan Rakyat.

“Jawatankuasa ini telah berbincang dan berpandangan bahawa tuntutan itu (kumpulan Sulu) adalah isu sangat serius dan sekiranya tidak ditangani dengan baik berpotensi menjejaskan kepentingan negara.

“Sehubungan itu jawatankuasa ini mengambil keputusan, selaras peranannya seperti ditetapkan oleh Dewan Rakyat untuk menjalankan peranan semak dan imbang terhadap tindakan kerajaan serta memartabatkan institusi demokrasi berparlimen,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini. 

Sebagai permulaan, katanya, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipanggil bagi menghadiri prosiding tersebut. 

Jawatankuasa itu turut dianggotai Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas); Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort); Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat); Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu); Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru); P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) dan Awang Husaini Sahari (PH-Putatan). –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN