Isteri Exco Kelantan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Isteri Exco Kelantan meninggal dunia

WAN NORIHAN WAN AB. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Wan Norihan Wan Ab. Rahman, 54, isteri kepada Exco kerajaan negeri, Wan Roslan Wan Hamad, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu di sini petang semalam.

Wan Roslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor dalam satu hantaran di Facebook miliknya memaklumkan, isterinya meninggal dunia di hospital berkenaan kira-kira pukul 6.55 petang.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit jantung dan baharu selesai menjalani rawatan ‘bypass‘ di sebuah hospital swasta selepas Aidilfitri baru-baru ini.

Pegawai Khas kepada Wan Roslan, Anas Karimi Ahmad Thani berkata, Allahyarhamah bagaimanapun dimasukkan ke hospital kerana masalah paru-paru berair.

Menurutnya, susulan itu Allahyarhamah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta selama 26 hari untuk rawatan.

“Selepas itu Allahyarhamah kemudian dimasukkan  ke HUSM untuk rawatan lanjut. Jenazah dikebumikan di Kampung Kutan, Tumpat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya