Gerakan Pulau Pinang cadang 5 langkah  ringankan beban rakyat - Utusan Malaysia

Gerakan Pulau Pinang cadang 5 langkah  ringankan beban rakyat

OH TONG KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Parti Gerakan negeri mencadangkan lima langkah segera yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membantu meringankan beban rakyat di negeri ini.

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, parti itu mendapat banyak maklum balas dan keluhan daripada rakyat yang mana mereka menderita akibat impak pandemik Covid-19 yang melanda negara.

”Sehubungan itu, kami mencadangkan kerajaan negeri mengambil langkah membantu rakyat antaranya dengan memberikan pengecualian bayaran cukai pintu dan memberi diskaun 50 peratus bayaran sewa dan fi pengurusan kepada penghuni projek perumahan rakyat (PPR). Selain itu kerajaan negeri juga boleh memberi moratorium pembayaran parkir kereta untuk jam pertama, moratorium pembayaran lesen penjaja, memberi diskaun 50 peratus bayaran sewa gerai dan pemberian diskaun tarif air,” katanya.

Tong Keong berkata, selain daripada impak susulan Covid-19, rakyat kini juga hidup tertekan akibat berdepan tekanan inflasi.

”Kami berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat memberi bantuan yang sewajarnya kepada rakyat yang terkesan,” katanya.

Tambah Tong Keong, pihaknya yakin keadaan kewangan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan Pulau Pinang tidak akan tergugat dengan memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan pertolongan.

”Sekiranya kerajaan negeri berbelanja dengan berhemah dan mengutip cukai tambahan daripada pelbagai sektor di industri pelancongan warisan dan pelaburan asing, lima cadangan ini dapat dilaksanakan,” katanya.

Katanya, Parti Gerakan Pulau Pinang berharap kerajaan negeri lebih prihatin kepada rakyat dan mempertimbangkan lima cadangan yang disyorkan parti itu demi rakyat yang memerlukan bantuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya