Gempar ‘bas terbakar’ di Terminal Larkin Sentral

Gempar ‘bas terbakar’ di Terminal Larkin Sentral

Anggota ERT dari Larkin Sentral melakukan semburan ke atas sebuah bas dalam sesi latihan kebakaran di Larkin Sentral Johor Bahru, hari ini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Orang ramai di Terminal Larkin Sentral di sini gempar apabila sebuah bas terbakar di tempat letak kenderaan dalam kawasan terminal berkenaan.

Malah, para penumpang yang sedang menunggu bas turut panik apabila mendengar siren bomba yang berusaha memadamkan kebakaran itu.

Bagaimanapun, orang ramai terutamanya para penumpang menarik nafas lega apabila bunyi siren dan asap itu adalah latihan kebakaran yang diadakan oleh pihak pengurusan Larkin Sentral.

Pengurus Bangunan Larkin Sentral, Mohd. Helmi  Mohd. Affendi berkata, sesi latihan kebakaran bangunan kira-kira pukul 11 pagi yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan Larkin Sentral turut mendapat kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor.

Latihan turut melibatkan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) Larkin Sentral dengan seramai 42 pegawai dan anggota daripada pihak pengurusan bangunan, kontraktor perkhidmatan (Kebersihan, Keselamatan, Tempat Letak Kereta, Penjualan Tiket Berpusat dan Polis Bantuan Johor Corporation) serta para pengusaha bas, katanya  kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Helmi berkata, latihan tersebut juga bagi membaharui Sijil Perakuan Bomba sebagai jaminan keselamatan bangunan beroperasi.

Latihan itu juga untuk memberi pendedahan kepada pasukan ERT supaya dapat bertindak dengan pantas serta memberikan bantuan awal sekiranya berlaku kejadian kecemasan dan bencana di dalam kawasan terminal. 

Turut terlibat adalah pihak pengurusan bangunan Larkin Sentral, Damansara Assets dan syarikat di bawah kumpulan, iaitu DASB Property Management Sdn Bhd, Waqaf An-Nur Corporation Bhd (Briged Waqaf), Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), Balai Polis Larkin dan Syarikat Pengangkutan Maju Bhd. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN