Enara BirdNest Drink sasar jualan RM1 juta sebulan - Utusan Malaysia

Enara BirdNest Drink sasar jualan RM1 juta sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIAPA sangka hanya berbekalkan pengalaman sebagai seorang bekas pegawai pemasaran, Husma Hashim, 37, mampu mempunyai jenama produk kesihatan dan kecantikan sendiri berasaskan sarang burung walet.

Selepas melakukan penjenamaan semula pada 2020, produk Enara BirdNest Drink kini semakin dikenali dan mendapat permintaan hangat daripada para pelanggan.

Pengasasnya, Husna berkata, selepas penjemaan semula itu, pihaknya mampu meraih keuntungan jualan produk antara RM80,000 sehingga RM100,000 sebulan.

“Produk ini saya hasilkan dengan rakan yang bersama-sama berada dalam industri sarang burung sarang walet.

“Malah bekalan burung walet juga kami dapatkan daripada pengusaha-pengusaha rumah burung di sekitar semenanjung Malaysia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Husna, Enara BirdNest mempunyai lima jenis produk meliputi dua kategori iaitu minuman kesihatan dan kecantikan.

Menurutnya, produk dihasilkan mereka turut mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang dapat memberi kebaikan kepada pengguna.

“Bagi produk minuman kesihatan, terdapat khasiat di dalamnya yang bagus untuk fungsi paru-paru di samping membantu masalah demam, batuk, selsema dan pelbagai lagi.

“Manakala untuk produk kecantikan pula, terdapat khasiat terkandung di dalamnya yang bagus untuk kulit, anti penuaan dan gatal-gatal,” katanya.

Dalam pada itu, Husna berkata, pihaknya memasarkan produk berkenaan menggunakan sistem stokis dan ejen di seluruh Malaysia.

Anak bongsu dari lima beradik ini juga memaklumkan, pihaknya mempunyai seramai 800 orang ejen di seluruh Malaysia dan enam orang pekerja tetap bagi membantu memasarkan produk berkenaan.

“Saya turut memasarkan produk ini secara dalam talian menerusi laman sesawang kami di www.enarabirdnest.com,” katanya.

Di samping itu, Husna berkata, dia turut mempunyai dua premis perniagaan yang terletak di Sanglang, Perlis dan Shah Alam, Selangor.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima pihak kami amat baik memandangkan produk yang dihasilkan ini mempunyai kandungan sarang burung walet sehingga 70 peratus dan terdapat banyak khasiat di dalamnya,” katanya.

Kata Husna lagi, pihaknya menyasarkan jualan sehingga RM1 juta sebulan disamping turut meningkatkan jumlah bilangan stokis dan ejen di seluruh negara pada masa depan.

Beliau juga berharap agar produk berkenaan dapat membantu lebih ramai golongan wanita menjana pendapatan tambahan bagi mengubah kehidupan yang lebih baik.

“Saya juga harap agar produk ini akan terus dikenali dan menjadi pilihan utama membantu menyelesaikan masalah kesihatan menggunakan khasiat burung walet,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya