Enam suspek kes rogol remaja 16 tahun dijangka didakwa Selasa

Enam suspek kes rogol remaja 16 tahun dijangka didakwa Selasa

MIOR FARIDALATRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Enam lelaki yang ditahan Rabu lalu bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 16 tahun dijangka akan didakwa Selasa ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan pendakwaan.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan terbaru melibatkan kes berkenaan.

“Kesemua suspek berusia 16 hingga 21 tahun itu disambung reman empat hari lagi selepas tempoh reman pertama selama empat hari sejak Khamis lalu berakhir hari ini.

“Kertas siasatan akan dikemukakan pada TPR esok dan jika terdapat pertuduhan, suspek akan didakwa di mahkamah pada hari Selasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menerusi laporan media Jumaat lalu, kesemua suspek tersebut ditahan di sekitar Ipoh susulan laporan polis dibuat ibu mangsa pada Isnin.

Mangsa berusia 16 tahun itu ditemukan ibunya dalam keadaan khayal di sebuah rumah flat di Panorama Lapangan Perdana dekat sini.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa berkenalan dengan seorang daripada suspek dan dibawa ke sebuah hotel di Pekan Baru sebelum ditinggalkan di rumah tersebut.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya