Bukan saya peluk cium anjing – Baby Shima - Utusan Malaysia

Bukan saya peluk cium anjing – Baby Shima

Baby Shima
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Baby Shima, 29, menganggap dia tidak beraksi keterlaluan sebaliknya cuma memegang tali diikat pada seekor anjing ketika membuat video yang kemudian tular di media sosial.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Shima atau nama sebenarnya, Noor Ashima Ramli berkata, dia mulanya tertanya-tanya video yang mana satu menjadi kecaman netizen kera­na ada dua video dimuat naik.

“Satu video saya bagi makan anjing dan satu lagi saya menari di sebelah anjing. Tapi dua-dua adalah video di lokasi berlainan.

“Saya nak jelaskan, kalau saya bagi makan anjing itu pun, salahkah? Anjing itu pun lapar juga. Bukan manusia saja yang kelaparan. Tak salah pun kita nak menyayangi haiwan tersebut.

“Dalam video satu lagi, saya pun tak peluk atau cium anjing itu. Cuma menari sebe­lahnya. Tapi, kalau pegang tak basah pun, rasanya tak salah bukan?”katanya.

Selain itu, kata Shima, dia juga tidak faham mengapa perkara tersebut menjadi pertikaian netizen namun enggan ‘larut’ dengan segala kecaman tersebut.

“Memang tak faham. Apa yang saya buat semua tak kena.
“Bagi makan anjing salah, tempoh hari saya bagi makan kepada monyet pun, netizen kecam juga. Suka

hati awak semua lah, yang penting kamu semua bahagia, iya tak?”katanya.

Ditanya tujuan sebenarnya ke Manila, Filipina pada waktu ini, penyanyi ini menjelaskan ia bagi menjayakan komitmen kerja selain mengambil peluang bercuti.

“Saya ada komitmen penggambaran di Manila sekarang, untuk iklan produk. Alang-alang ke sini, saya pun ambil peluang untuk buat kandungan bahan YouTube sekali,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN