BMW ‘terbang’ langgar van, terus terbakar – Saksi - Utusan Malaysia

BMW ‘terbang’ langgar van, terus terbakar – Saksi

ANGGOTA trafik membersihkan jalan yang berminyak berikutan kemalangan jalan raya melibatkan empat kenderaan termasuk sebuah kereta BMW rentung dan menyebabkan pemandunya maut di Jalan Persisiran Pantai, Bakar Batu-Permas Jaya, Johor Bahru semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: “Saya nampak kereta BMW dari arah Johor Bahru ‘terbang’ dan melanggar van di depan kereta saya.”

Demikian pengalaman diala­mi seorang pemandu yang terselamat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan berhampiran Kampung Bakar Batu, di sini semalam.

Pemandu kereta Perodua Myvi, Tan Jia Xin, 34, yang turut terlibat dalam kemalangan itu berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari arah Permas Jaya menuju ke pusat bandar raya pada pukul 6.15 pagi.

“Sebaik sahaja menuruni Jam­batan Permas Jaya, saya ternampak sebuah kereta BMW melayang dan melanggar sebuah van pekerja di hadapan kereta saya.

“Ketika itu saya amat terperanjat dan panik. Bagaimana sebuah kereta dari arah Johor Bahru boleh melayang dan ma­suk ke arah jalan bertentangan sedangkan tebing itu tinggi?

“Saya tidak sempat mengelak kerana kejadian berlaku sangat pantas dan sebaik sahaja kereta BMW itu langgar van, terus berlaku percikan api dan saya me­langgar belakang van tersebut kerana tidak sempat mengelak,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di tempat kejadian di sini.

Dia kemudian terus keluar dari kereta kerana api marak dengan cepat dan keretanya turut terbakar di bahagian enjin.

Tambahnya, pemandu van tersebut pengsan akibat dilanggar BMW tersebut dari arah hadapan.

“Mujur ada penunggang motosikal yang membantu mengeluarkan pemandu van itu, kalau tidak sudah tentu pemandu itu mati terbakar,’’ jelasnya.

Bagaimanapun, usaha beberapa penunggang motosikal untuk menyelamatkan pemandu BMW itu gagal kerana keadaan mangsa yang

tersepit dan api marak dengan cepat.

Kemalangan tersebut meng­akibatkan kesesakan teruk sehingga 12 kilometer dari arah Pasir Gudang menuju ke pusat bandar raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya