Beri bukti saya beri jam, payung - Ikmal Hisham

Beri bukti saya beri jam, payung – Ikmal Hisham

IKMAL Hisham Abdul Aziz (dua kiri) menyerahkan hadiah cabutan bertuah kereta kepada pemenang yang hadir ke Majlis Pelancaran PN Peringkat Kelantan di Tanah Merah, Kelantan. Foto/ Facebook Tanah Merah dihatiku ori
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd. Aziz mahu mereka yang mendakwa beliau memberi  jam tangan G-Shock dan payung semasa majlis Perikatan Nasional (PN) peringkat Kelantan pada 2 Julai lalu tampil menunjukkan bukti.

Ikmal Hisham berkata, tohmahan berkait dengan tangan G-Shock tidak munasabah kerana ia melibatkan kos besar sehingga  mencecah berbelas-belas juta ringgit jika 

mahu diberikan sebagai cenderahati kepada lebih 30,000 pengunjung  ke majlis berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, seminggu sebelum acara tersebut  pihaknya  mempromosikan secara meluas kepada penduduk di kawasan tersebut mengenai kehadiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi melancarkan majlis berkenaan.

“Pada hari sama juga,  saya mengumumkan sekali lagi akan berlangsung majlis pelancaran tersebut, jadi terserah kepada orang ramai yang hadir di mesyuarat berkelompok Persatuan Ibu Bapa dan Guru  (PIBG) di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tanah Merah di lokasi yang sama untuk menghadiri pelancaran berkenaan atau pulang.

“Bagaimanapun orang ramai tidak berganjak, malah lebih ramai yang  datang. Kehadiran mereka adalah secara sukarela dan bukannya  terdapat pemberian jam tangan G-Shock atau payung seperti  didakwa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menghargai

Ikmal Hisham berkata, pihaknya percaya kehadiran orang ramai ke majlis berkenaan bagi menghargai jasa Muhyiddin ketika menguruskan pandemik Covid-19 semasa beliau menjadi Perdana  Menteri.

Katanya, hadiah cabutan bertuah sudah menjadi kebiasaan dalam memeriahkan satu-satu majlis.

“Namun perlu difahami jika program atau penganjurnya tidak disukai rakyat, betapa besar pun hadiah disediakan orang ramai tetap tidak  akan hadir.

“Jadi saya mempelawa mana-mana pihak menganjurkan apa-apa majlis di Tanah Merah dengan menawarkan hadiah cabutan bertuah lebih hebat bagi membuktikan sama ada mereka mampu atau tidak menarik kehadiran lebih 30,000 orang,” ujarnya.

Utusan Online melaporkan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil mempersoal rasional mesyuarat PIBG di sebuah sekolah di Kelantan mengadakan cabutan bertuah menawarkan hadiah sebuah kereta.

Lebih menimbulkan persoalan program sama diadakan serentak dengan program parti PN Kelantan.

Isham mengajukan persoalan tersebut kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin, berdasarkan surat jemputan daripada pihak PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Gading Tanah Merah Kelantan kepada ibu bapa.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×