Aset Petronas dirampas: Apa itu notis ‘Saisie-arret’

Aset Petronas dirampas: Apa itu notis ‘Saisie-arret’

sulu
KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ramai tertanya-tanya maksud sebenar ‘Saisie-arret’ seperti dalam kenyataan Petronas ekoran isu melanda dua syarikat milik syarikat petroleum itu yang dikaitkan dengan tuntutan waris Kesultanan Sulu.

‘Saisie-arret’ bermaksud tindakan rampasan bagi mendapatkan jumlah penghakiman/keputusan (award) timbang tara yang diperoleh.

Semalam Petronas mengesahkan mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai lalu.

Ia ekoran laporan Financial Times yang berpangkalan di London, pasukan peguam penuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus yang dianggarkan bernilai AS$2 bilion (RM8.9 bilion).

“Petronas ingin menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikat ini, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan.

“Hasil daripada pelupusan ini telahpun dipulangkan (repatriated) dengan sewajarnya.

“Petronas menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan kami daripada segi undang-undang dalam hal ini,” kata Petronas dalam satu kenyataan.

Utusan Malaysia melaporkan waris Kesultanan Sulu yang sebelum ini menuntut sebanyak AS$14.92 (RM62.59 bilion) dari Malaysia dilaporkan merampas dua anak syarikat milik Petronas yang diperbadankan di Luxemborg.

Berdasarkan laporan Financial Times yang berpangkalan di London, pasukan peguam penuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus yang dianggarkan bernilai AS$2 bilion (RM8.9 bilion).

Menurut pasukan peguam, kedua-dua anak syarikat itu dirampas oleh bailif di Luxemborg yang mewakili waris Sulu berkenaan.

Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II menuntut jumlah tinggi sebagai pampasan dari Malaysia susulan daripada proses timbang tara.

Proses itu dimulakan sebagai tindak balas terhadap Malaysia yang memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada Kesultanan Sulu pada 2013.

Malaysia tidak terlibat dalam proses tersebut yang berlangsung di Perancis dengan alasan, pertikaian antara negara itu dengan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial.

Oleh hal yang demikian, Malaysia tidak tertakluk dalam proses timbang tara berkenaan.

Namun, peguam waris Sulu berhujah, Malaysia merupakan penandatangan Konvensyen Mengenai Pengiktirafan dan penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara Asing (Konvensyen New York).

Sehubungan itu, anak guam mereka mempunyai hak untuk merampas aset Malaysia di 167 negara penandatangan jika jumlah yang dituntut tidak dibayar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya