Anggota polis ditahan bantu siasatan kes bayi maut dipercayai didera ibu - Utusan Malaysia

Anggota polis ditahan bantu siasatan kes bayi maut dipercayai didera ibu

MIOR Faridalathrash Wahid memeriksa perbarisan pada majlis perasmian Balai Polis Pangkor hari ini. - UTUSAN/ MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang dipercayai didera ibu kandungnya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, anggota polis berusia 30-an yang dipercayai teman lelaki kepada ibu bayi berkenaan ditahan di Sungai Siput, semalam bagi membantu siasatan.

“Kita telah memohon reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kita yakin dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, pihak polis berjaya menyelesaikan kes ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Pulau Pangkor di sini hari ini.

Menurutnya, teman lelaki wanita berkenaan merupakan seorang anggota polis yang ditahan tugas dan berkhidmat di luar negeri ini.

Mior Faridalathrash berkata, laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat bayi berkenaan mendapati mangsa dicederakan menggunakan objek tumpul selain terdapat kecederaan baharu dan lama.

“Masih dalam siasatan (objek digunakan). Menurut laporan awal yang kita terima daripada pakar forensik atau doktor yang menjalankan bedah siasat tersebut, dia gunakan objek keras atau objek tumpul dalam mencederakan bayi tersebut,” katanya.

Menurut Mior Faridalathrash, ibu kandung bayi berkenaan yang juga suspek merupakan seorang jururawat persendirian dan telah bercerai dengan bapa mangsa enam bulan lalu.

Semalam, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dilaporkan meninggal dunia disyaki didera ibu kandungnya.

Wanita berkenaan direman tujuh hari bermula semalam sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya